Tumpuan :
Nasional

Nelayan ditemui lemas ketika cari ketam, umpun

Seorang nelayan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika mencari ketam dan umpun dalam kejadian di Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang, Klang, pagi tadi. FOTO IHSAN JBPM Selangor

SHAH ALAM: Seorang nelayan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika mencari ketam dan umpun di Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang, Klang, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan berhubung orang jatuh sungai sekitar jam 10.49 pagi, semalam.

Katanya, susulan itu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara bergegas ke lokasi.

“Mangsa adalah lelaki tempatan berusia 53 tahun yang dipercayai terjatuh dari sampan ditemukan lemas pada jarak lima ke 10 meter kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang mencari ketam dan umpun secara bersendirian di atas sampan berkenaan.

“Mayat mangsa berjaya dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini