comscore
Tumpuan :
Nasional

Nombor plat ‘GOLD 1’ milik Yang di-Pertuan Agong

Foto: Istana Negara / Facebook

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim melakar sejarah baharu apabila muncul sebagai pembida nombor plat kenderaan tertinggi di negara ini.

Kejayaan baginda membida nombor plat kenderaan ‘GOLD 1’ dengan nilai RM1.5 juta, itu dimuatnaik di laman Facebook rasmi baginda hari ini.

Nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, baginda turut berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Istana Negara.

Pada pertemuan itu, Loke turut mempersembahkan simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini, dilapor membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) iaitu siri ‘GOLD’ sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Bidaan itu dibuka melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) mulai 1 Februari lalu, sehingga jam 10 malam 5 Februari.

NPI yang dimaksudkan ialah tanda indeks mempunyai prefix siri GOLD, melambangkan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Harga bidaan menerusi JPJeBid adalah mengikut kadar minimum ditetapkan, iaitu bermula daripada RM20,000 bagi nombor bernilai utama, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800), dan nombor biasa (RM300).

JPJ menerusi bidaan nombor pendaftaran FF sebelum ini berhasil mendapat pulangan hampir RM35 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini