comscore
Tumpuan :
Nasional

Nora Ariffin dirawat di ICU akibat sesak nafas

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Wan Norafizah Wan Ariffin, atau Nora kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Selangor.

Menurut suami artis yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu, Dr Rushdi Ramli, isterinya dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas.

“Mohan doa ikhlas dari semua,” kata Rushdi dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan sebentar tadi.

Perkongsian itu turut diulang siar rakan seperjuangan, Datuk Aishah yang mengakui terkejut menerima khabar tersebut.

Aishah dalam hantaran di instagram turut meminta pengikutnya mendoakan kesembuhan segera buat Nora.

Nora, 50, dimasukkan ke hospital berkenaan beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas sekitar pukul 4 pagi Ahad.

Loading...
Terkini