Tumpuan :
Nasional

Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang berkuat kuasa hari ini

ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang, berkuat kuasa hari ini. FOTO: Ihsan Polis IPD Sepang / Facebook

SEPANG: Pegawai Turus Pendataan/Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas antara Norhizam dengan Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini, disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi.

Dalam ucapannya, Norhizam menggesa semua anggota dan pegawai di IPD Sepang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik untuk masyarakat.

“Tugas dan tanggungjawab ini adalah besar dan saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia yang memberi kepercayaan untuk memimpin daerah ini.

“Saya mahu semua lapisan anggota dan pegawai bersama-sama menggembleng usaha dan memberi kerjasama padu untuk masyarakat,” katanya.

Norhizam, 52, dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah berkhidmat selama 29 tahun dalam PDRM dan pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Bahagian Pengurusan IPD Putrajaya. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini