comscore
Tumpuan :
Nasional

Nurul Izzah dijangkiti COVID-19

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan dijangkiti COVID-19 dan tidak menghadiri Majlis Kesyukuran dan Meraikan Jentera P044 Permatang Pauh pada malam ini.

Beliau berkongsi perkara itu di laman sosial Facebook (FB) hari ini dan memohon maaf tidak dapat bersama dalam majlis itu.

“Namun, majlis ini akan tetap berlangsung malam ini seperti yang dirancang.

“Insya-Allah, saya akan bertemu jentera yang membantu saya selama ini pada sesi yang seterusnya,” katanya.

Nurul Izzah salam, cium tangan pengundi dipuji netizen

Beliau juga memaklumkan hanya mengalami gejala ringan dan sedang menanti hari untuk selesai kuarantin bersama suami untuk keluar dari wad.

“Mohon doakan. Mudah-mudahan Majlis Kesyukuran malam ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) beliau tumpas kepada Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan apabila memenangi Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat ayahnya dan keluarga sejak 1982.

Fawwaz yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang menang dengan majoriti 5,272.

Loading...
Terkini