comscore
Tumpuan :
Nasional

Objek dipercayai muntah paus tarik perhatian pengusaha perubatan tradisional

Mahamud Kechik menunjukkan objek dipercayai muntah paus yang ditemuinya di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu, Jumaat lalu.

Oleh: Ishak Abdillah Ngah

MARANG: Seorang penduduk menjadi perhatian berikutan penemuan objek misteri seberat 8 kilogram di Pantai Kelulut di sini, Jumaat lalu.

Berikutan penemuan itu, Mahamud Kechik, 60, menerima tawaran lumayan daripada beberapa individu yang datang ke rumahnya di kampung Rhu Muda dengan hasrat membeli objek yang dipercayai menyerupai muntah paus untuk dijadikan ramuan dalam perubatan tradisional cina.

Bagaimanapun menurut Mahamud, dia masih menunggu keputusan sampel yang dihantar ke makmal sama ada terbukti itu adalah muntah paus atau hidupan marin dari laut dalam yang telah mati.

Dalam tempoh itu, jika ada individu yang ingin membeli dan menawarkan harga yang tinggi dia akan mempertimbangkan tawaran itu.

“Saya ternampak satu benda, selepas itu saya pergi dekat tak tahu apa benda, saya bawa balik orang kata mungkin lemak muntah paus tapi saya tak pastilah dan buat masa ini tak nak jual lagi sebab saya tak tahu apa benda yang sebenarnya ni tapi kalau ada yang berkehendak nak beli kita juallah”, katanya.

Bentuk objek tersebut bersifat kenyal seperti getah dan berbau hanyir dan apabila dibakar ianya mencair.

Objek tersebut dikatakan dibawa arus akibat air pasang besar dan fenomena ombak besar baru-baru ini.

Sejak dua tahun lalu, dua objek yang sama di temui di perairan Terengganu dan Kelantan disahkan oleh Universiti Malaysia Terenggganu (UMT) bukan muntah ikan paus atau ambergris.

Hasil uji kaji dijalankan menunjukkan bahawa tiada kehadiran tiga bahan aktif iaitu ambrein, epicoprosterol dan coprostanone di dalam ketulan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini