comscore
Tumpuan :
Nasional

Ombak besar setinggi 5.1 meter di Klang

Foto hiasan

KLANG: Orang ramai khususnya yang tinggal atau berada di Klang dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga kemungkinan berlaku fenomena ombak besar hari ini dan esok.

Mengikut Pejabat Tanah Daerah Klang, bacaan air laut dalam tempoh dua hari ini akan mencapai paras 5.1 meter dan berisiko menyebabkan banjir.

Berdasarkan grafik yang dikongsikan melalui akaun Facebook Pejabat Tanah Daerah Klang, paras air laut diramalkan naik sehingga 5 meter pada 7.53 pagi tadi dan 5.1 meter pada jam 9.11 malam esok.

Kejadian dijangka berlaku di stesen Pelabuhan Klang.

Maklumat itu ketika ini telah dipadamkan oleh Pejabat Tanah Daerah Klang apabila tiada ombak besar dikesan sejak jam pagi tadi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kecemasan boleh menghubungi Talian Kecemasan Kebangsaan 999 dan Pusat Operasi Bencana Daerah Klang di talian 03-33716700 atau 010-9731963.

Loading...
Terkini