comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Bersepadu JPJ 18-27 April sempena Aidilfitri

Foto hiasan

BENTONG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan Op Bersepadu sempena Aidilfitri, bermula 18 hingga 27 April ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pemantauan akan ditingkatkan di 231 lokasi  ‘hotspot’ atau kawasan kerap berlaku kemalangan di seluruh negara.

“Bagi kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan, biasanya pendekatan digunakan ialah menempatkan kereta peronda untuk mengadakan rondaan supaya dengan kehadiran pegawai penguat kuasa, pemandu akan lebih berhati-hati.

“Saya berharap pengguna akan mematuhi peraturan jalan raya, terutama di kawasan Pahang kerana ia merupakan laluan utama ke Pantai Timur dari Lembah Klang dan sudah tentu berjuta kenderaan akan lalu.

Selain itu, kita juga akan melaksanakan larangan terhadap kenderaan berat seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pejabat Baharu JPJ Bentong, di Jalan Chamang, di sini, hari ini.

Sementara itu, Loke memaklumkan selain di daerah ini, dua lagi bangunan baharu JPJ sedang dibina di Sarikei, Sarawak, dan Muar, Johor. – BERNAMA

Loading...
Terkini