comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua beradik nelayan dikhuatiri lemas

Oleh Kumaran Rajamoney

KUALA KEDAH: Dua nelayan tempatan yang juga adik beradik dikhuatiri lemas setelah perahu yang mereka naiki disyaki dipukul ribut di perairan Kuala Sala  jam 4.45 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima panggilan dari Balai Polis Kota Sarang Semut memaklumkan seorang pengadu yang juga saudara mangsa telah hadir memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT pada 1.30 tengahari dan telah mengatur gerak bot PERKASA 1224 sejurus menerima maklumat.

“Dalam kejadian pagi tadi, dua buah perahu yang berpangkalan di Kuala Sala dinaiki tiga bersaudara itu telah keluar ke laut untuk memukat udang sebelum dibadai ribut menyebabkan salah satu perahu telah terdampar di pantai dan sebuah lagi perahu ditemui terapung di laut oleh bot nelayan tempatan.”

“Mangsa, Mohd Faudzi bin Tajuddin, 48, dan adiknya Mohd Farizan bin Tajuddin, 41, yang berasal dari Kuala Sala dikhuatiri lemas,” katanya.

Usaha mengesan mangsa turut disertai agensi sahabat daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta beberapa bot nelayan tempatan.

Loading...
Terkini