comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Dadu: Bekalan elektrik tujuh premis judi dipotong

FOTO: Ihsan IPD Penampang

Oleh: Safwan Sawi

PENAMPANG: Bekalan elektrik di tujuh premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen dipotong Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, semalam.

Op Dadu yang dijalankan di sekitar daerah itu turut dibantu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang bertindak memotong bekalan elektrik di semua premis terbabit.

FOTO: Ihsan IPD Penampang

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, IPD Penampang.

“Kehadiran pihak SESB dalam operasi kali ini dapat memastikan proses pemotongan elektrik dibuat dengan betul dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

FOTO: Ihsan IPD Penampang

Sammy berkata, tindakan pemotongan bekalan elektrik di premis berkenaan dilakukan mengikut peruntukan Seksyen 21A (1) Akta Judi Terbuka 1953.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tindakan itu merupakan amaran serius polis dalam usaha membenteras sebarang aktiviti perjudian haram di daerah berkenaan.

FOTO: Ihsan IPD Penampang

“Segera laporkan kepada pihak polis sekiranya orang awam mendapat informasi mengenai sebarang kejadian jenayah dalam daerah ini,” tambahnya.

Loading...
Terkini