comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Op ‘Mini Dhaka’: Wang peniaga RM85,000 lesap, 3 polis ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan tiga anggotanya bagi membantu siasatan kes kehilangan wang berjumlah RM85,000 di sebuah premis ketika Op Khas dijalankan di kawasan ‘Mini Dhaka’ ibu negara, Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata ketiga-tiga suspek kini direman 4 hari bagi membantu siasatan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pihaknya menerima satu laporan polis pada jam 12.36 tengah malam Jumaat lalu berhubung kehilangan wang berkenaan di sebuah premis di Lebuh Pudu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid. -Foto: NSTP

Hasil siasatan membawa kepada penahanan 3 anggota polis berusia dalam lingkungan 26 hingga 35 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes kehilangan wang itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jelas beliau, kes masih dalam siasatan.

Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan ataupun boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam.

Loading...
Terkini