comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Selamat 21 – 14 kemalangan maut direkodkan hari keempat

PETALING JAYA: 14 kes kemalangan maut dengan 14 kematian dilaporkan pada hari keempat Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina.

Jumlah itu daripada 1,203 kes kemalangan di seluruh negara yang direkodkan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman.

Menurut Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam satu kenyataan beliau memaklumkan sebanyak 1,480 kenderaan terbabit dalam kemalangan.

“Jalan Persekutuan mencatat kes kemalangan maut tertinggi iaitu sebanyak 5 kes atau 36%, jalan negeri sebanyak 4 kes atau 29%.

“Lebuhraya sebanyak 2 kes atau 14%, jalan bandaran sebanyak 1 kes atau 7% dan lain-lain jalan sebanyak 2 kes atau 14%,” katanya.

Justeru itu beliau menyeru semua pengguna jalan raya hendaklah sentiasa berhemah, berhati-hati dan fokus kepada pemanduan terutamanya penunggang motosikal.

Op Selamat 21 dilaksanakan di seluruh negara bermula 8 Februari lalu hingga esok sempena Tahun Baharu Cina.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini