comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Selamat: 6,559 pegawai, anggota trafik ditugaskan sempena Tahun Baharu Cina

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menempatkan 6,559 pegawai dan anggotanya di seluruh negara untuk penugasan Op Selamat 21 yang bermula Khamis ini sehingga 13 Februari sempena Tahun Baharu Cina.

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata objektif melaksanakan Op Selamat adalah untuk penguatkuasaan lalu lintas, mencegah jenayah dan menjaga keselamatan harta benda serta premis yang ditinggalkan sepanjang tempoh perayaan itu.

“Terdapat 547 lokasi hotspot dan blackspot dikenal pasti di seluruh negara.”

Polis sedang melakukan sekatan jalan raya. Foto fail NSTP

“Sebanyak 18 lokasi hotspot dan 46 kawasan blackspot dikenal pasti di kesemua lebuh raya manakala 407 lokasi hotspot dan 76 lokasi blackspot dikesan di negeri-negeri dan daerah,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Mohd Azman berkata kawasan blackspot adalah kawasan yang mencatat kemalangan maut lebih tiga kes, manakala hotspot ialah kawasan sesak.

Bercakap mengenai kewaspadaan sebelum meninggalkan rumah, beliau berkata aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) juga digalakkan untuk digunakan oleh masyarakat dengan mengisi butiran penting sebelum meninggalkan kediaman ketika musim perayaan ini.

“Ini supaya PDRM boleh meletakkan petugas secukupnya di lapangan, rondaan berkala juga akan dilakukan oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan jenayah komuniti berlaku,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini