comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Tapis Khas: Polis Sarawak rampas RM7.4 juta dadah

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata melihat foto yang diambil dalam Op Tapis Khas sepanjang bulan Januari lepas.

KUCHING: Polis Sarawak berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.4 juta bagi dalam Op Tapis Khas sepanjang bulan pertama tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata nilai rampasan berkenaan merekodkan peningkatan lebih sekali ganda berbanding RM3 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

“Sepanjang tempoh Januari 2024, PDRM Sarawak telah melaksanakan 1,221 tangkapan termasuk 82 orang tokan dadah serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai  RM7,494,453.94.”

“PDRM juga turut menyita harta disyaki hasil pendapatan pengedaran dadah bernilai RM456,566.55,” katanya pada sidang media Op Tapis Khas di Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

 

Beliau berkata dalam operasi berkenaan, empat tokan warga asing adalah antara 325 orang yang ditahan atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah pada 29 hingga 31 Januari lepas.

Kesemua individu terbabit berusia lingkungan 16 hingga 70 tahun ditahan menerusi 292 serbuan yang dilakukan di kawasan perumahan rakyat (PPRT), ladang, jeti nelayan, rumah kedai serta beberapa kawasan perumahan yang menjadi tumpuan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini