comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Tiris: lelaki ditahan disyaki seleweng minyak diesel

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kulim berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi diesel dalam satu serbuan semalam.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan serbuan dilakukan ke atas sebuah lori yang sedang mengisi minyak bersubsidi diesel di sebuah stesen minyak di Lunas.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tangki tambahan yang diletakkan dalam badan lori tersebut. Minyak diesel yang diisi ke dalam tangki kenderaan telah disedut naik dengan menggunakan pam ke dalam tangki tambahan.

Lori tersebut telah disita bersama 1,800 liter minyak diesel yang telah diisi kedalam tangki tambahan itu. Minyak diesel yang dirampas dianggarkan bernilai RM3,870 manakala lori tersebut dianggarkan bernilai RM30,000,” katanya.

Barang lain yang disita termasuk enam unit IBC Tank dan satu unit hos beserta pam.

KPDN turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusi 41 tahun untuk siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca Bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Loading...
Terkini