comscore
Tumpuan :
Nasional

Operasi digantung sementara untuk kenal pasti punca gangguan

Oleh Juliana Sharin

PETALING JAYA: Pengendali tren Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid Rail menggantung operasi perkhidmatannya selama 7 hari bagi membolehkan kerja-kerja mengenal pasti punca gangguan komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC dan sesi ujian dijalankan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana (M) Berhad, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata tindakan itu juga diambil atas faktor keselamatan penumpang.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi hanya dari Stesen LRT Gombak ke Stesen LRT Damai serta dari Stesen LRT Lembah Subang ke Stesen LRT Putra Heights.

Semua perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan menamatkan operasi lebih awal iaitu jam 11 malam bermula hari ini sehingga 15 November 2022 bagi memberi lebih masa kepada pasukan kejuruteraan untuk melaksanakan kerja-kerja rektifikasi dan baik pulih.

Menurutnya perkhidmatan bas perantara percuma  disediakan bagi menampung penumpang dan mengurangkan kesesakan di stesen-stesen yang terjejas sepanjang tempoh gangguan.

Pihaknya juga telah menggerakkan anggota polis bantuan serta kakitangan sokongan ke stesen-stesen kritikal bagi mengawal keadaan.

Setakat jam 9 pagi, sebanyak 69 buah bas disediakan bagi menyokong perkhidmatan bas perantara.

Loading...
Terkini