comscore
Tumpuan :
Nasional

Operasi SAR nenek, cucu sesat di Bukit Buluh Telur disambung pagi ini

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nenek bersama cucu perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang dipercayai tersesat di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu, di sini, diteruskan pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi yang ditangguhkan pada jam 7.20 malam semalam, dimulakan jam 8.30 pagi.

“Bagaimanapun kedua-dua mangsa masih belum dijumpai,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa yang sesat adalah seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bersama seorang kanak-kanak yang juga cucunya.

JBPM Selangor menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.12 petang semalam sebelum sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini