Tumpuan :
Nasional

Operasi tren KTMB MySawasdee hari ini hingga Isnin dibatalkan akibat banjir

Foto hiasan

ARAU: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) khas MySawasdee dari KL Sentral ke Hatyai dan Hatyai ke KL Sentral yang dijadualkan pada hari ini hingga 2 Disember depan dibatalkan.

KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan pembatalan perkhidmatan kereta api MySawasdee 1004 dan 1005 itu adalah berikutan situasi semasa berikutan hujan berpanjangan di wilayah utara Semenanjung Malaysia dan Hatyai yang berisiko berlakunya banjir.

Sehubungan itu, pemulangan tambang penuh akan diberikan melalui KTMB Mobile (KITS) dan sebarang bantuan boleh merujuk kepada kakitangan stesen bertugas atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB pada talian 03 9779 1200 atau emel kepada [email protected]

Sebelum ini juga, KTMB memaklumkan perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas akibat banjir dan kejadian tanah mendap di beberapa kawasan yang turut menjejaskan operasi tren penumpang.

Berikutan itu, perkhidmatan KTM Intercity ke Pantai Timur membabitkan tren Ekspres Rakyat Timuran No 27 bagi laluan JB Sentral-Tumpat dibatalkan mulai semalam.

Perkhidmatan lain yang turut terjejas termasuk Ekspres Rakyat Timuran No 26 dan No 27 (JB Sentral–Tumpat–JB Sentral) serta Shuttle Timuran (Kuala Lipis–Gua Musang–Tumpat) akibat ditenggelami banjir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini