comscore
Tumpuan :
Nasional

Ops Hormat Undang-undang Jalan Raya: 13,138 saman dikeluarkan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13,138 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan bagi Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur, sepanjang tempoh empat hari sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah berhenti di petak kuning, tiada lesen memandu dan ubah suai struktur atau peralatan kenderaan.

Beliau berkata operasi tersebut melibatkan kekuatan lebih 1,500 pegawai dan anggota polis serta agensi penguat kuasa lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah nombor pendaftaran fancy, tiada cermin sisi dan lampu brek tidak berfungsi. Pihak polis turut menahan 30 individu dalam operasi yang sama dan menyita tiga buah kenderaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa sebelum ini mengumumkan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur akan dilancarkan bermula Selasa (4 Jun) hingga 15 Jun ini, bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya dan menguatkuasakan peraturan lalu lintas di bandar raya ini. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini