comscore
Tumpuan :
Nasional

Ops Tiris 3.0: 1,380 liter petrol dirampas KPDN Besut

FOTO: KPDN

BESUT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak petrol bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 dalam satu serbuan di Kuala Besut.

Serbuan dilakukan enam anggota penguat kuasa KPDN cawangan Besut melalui risikan dilakukan.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharudin Mohd Kia berkata, modus operandi sindiket adalah membeli minyak petrol bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Besut dengan menggunakan tong.

Minyak petrol itu kemudiannya akan dibawa dan dikumpulkan di lokasi kejadian sebelum dijual semula kepada pembeli di pulau berhampiran.

Pemeriksaan lanjut di lokasi berjaya menemukan 46 tong petrol dengan kuantiti keseluruhan berjumlah lebih seribu 380 liter.

FOTO: KPDN

Dua lelaki warga tempatan berumur 29 dan 31 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak petrol tersebut

Menurut beliau lagi pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram berkenaan.

“Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih satu juta ringgit manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi tiga juta ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

” Manakala bagi syarikat pula sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua juta ringgit  dan kesalahan berikutnya tidak melebihi lima juta ringgit.” katanya.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan Ops Tiris 3.0 bermula 1 Januari  sehingga 20 Mei tahun ini, 665 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Terengganu, manakala sebanyak tujuhkes telah direkodkan melibatkan rampasan dan sitaan ke atas minyak diesel, aset serta peralatan lain berjumlah 76 ribu 431 ringgit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini