comscore
Tumpuan :
Nasional

Orang Asli meninggal dunia atas pokok

LIPIS: Orang Asli warga emas tersangkut dan meninggal dunia atas pokok di Kampung Limau, Pos Betau di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Koyan, Shahril Safri berkata, pihaknya menerima laporan kematian lelaki itu yang dikenali Koyok Abdullah, 81, pada 9.13 pagi.

“Seramai enam anggota dan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian dan tiba pada 9.55 pagi sebelum memulakan operasi membawa turun mangsa.

“Anggota menggunakan tali untuk menurunkan mangsa yang tersangkut pada ketinggian kira-kira empat meter,” katanya.

Menurutnya mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini