comscore
Tumpuan :
Nasional

Orang awam disaran lapor polis secara dalam talian untuk kes bukan jenayah

KUALA LUMPUR: Orang awam disarankan untuk membuat laporan polis secara dalam talian untuk sebarang kes yang tidak mempunyai unsur jenayah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman sosialnya berkata, laporan dan aduan yang tidak memerlukan sebarang siasatan lanjut oleh pihak polis boleh dikemukakan menerusi laman sesawang e-Reporting PDRM.

“Antara laporan yang boleh dilakukan dalam talian seperti kehilangan kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit atau kad bank, telefon bimbit, komputer riba dan cukai jalan.

“Selain itu, sekiranya pembantu rumah melarikan diri atau kehilangan akibat bencana alam juga boleh dilaporkan secara dalam talian juga,” kata kenyataan itu.

Berikut merupakan laporan polis yang boleh dilakukan secara dalam talian:

* IC/MyKad Hilang
* Lesen Hilang
* Kad Kredit/ATM Hilang
* Telefon mudah alih hilang
* Kehilangan laptop
* Cukai jalan hilang
* Pembantu Rumah Lari
* Kehilangan kerosakan akibat bencana Alam

PDRM juga berkata, laporan secara dalam talian itu mestilah dilakukan oleh pengguna berdaftar, dan warganegara berusia 18 tahun ke atas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini