comscore
Tumpuan :
Nasional

Orang awam selamatkan remaja hampir lemas 

KIMANIS: Seorang remaja yang dihanyutkan arus deras di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis, di sini, hari ini terselamat susulan tindakan pantas orang awam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan pihaknya menerima maklumat kejadian berkenaan pada jam 11.38 pagi.

Katanya, mangsa diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri terus diberikan bantuan CPR orang awam sebaik berjaya dibawa naik ke tempat selamat.

“Setibanya pasukan operasi di lokasi, proses CPR diteruskan lagi oleh anggota bomba dan Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Jelasnya, hasil bantuan CPR itu, mangsa memberikan respon positif dan terus dikejarkan ke hospital menaiki ambulans untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini