comscore
Tumpuan :
Nasional

Orang ramai perlu berani lapor kes dera

 

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Talian 15999 telah diperkenalkan tetapi rakyat perlu ada keberanian untuk melapor (kes penderaan), malah mereka (pengadu) juga tidak akan didedahkan nama. Apa yang penting supaya masalah itu dilapor dan kita boleh bertindak,” katanya.

Datuk Seri Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kasih Semurni Usaha KPWKM @ Antigangguan Seksual serta pelancaran Kempen “Zero Sexual Harassment on Campus” anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kes seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang maut dipercayai menjadi mangsa deraan bapa kandung dalam kejadian di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor pada Isnin lepas.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini