comscore
Tumpuan :
Nasional

PAC mula prosiding LTAT, NIISe selepas Aidilfitri

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. FOTO: Fail NSTP

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan dua prosiding baharu selepas Aidilfitri termasuk satu yang baharu diputuskan iaitu berkaitan isu Pembangunan dan Perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain NIISe, satu lagi prosiding akan membabitkan isu berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Mengulas lanjut katanya, prosiding berkaitan LTAT akan bermula pada 20 Jun depan, susulan isu yang dilaporkan di bawah lembaga itu dalam Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2022.

Bagi prosiding NIISe di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen pula, beliau berkata ia akan dilaksanakan di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d), iaitu prosiding yang diadakan atas apa-apa perkara lain yang difikirkan Jawatankuasa itu patut diperiksa, yang membabitkan kepentingan awam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini