comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Padah langgar lampu isyarat merah, kereta terbabit kemalangan lalu terbakar

Oleh: Pang Chinn Fei

PETALING JAYA: Padah melanggar lampu isyarat merah, sebuah kereta terbabit dalam kemalangan lalu terbakar setelah bertembung dengan sebuah lagi kereta dan melanggar sebuah motosikal.

Kejadian berlaku jam 7:05 pagi tadi di persimpangan Jalan Templer dan Jalan Othman, di sini.

Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal, Mohd Yusoff Karim cedera dan patah kaki serta motosikalnya turut hangus terbakar.

Manakala sebuah lagi kereta remuk di bahagian hadapan.

Kru Buletin TV3 yang kebetulan melalui lokasi berkenaan sempat merakamkan visual kejadian.

Mangsa, Mohd Yusoff yang bekerja sebagai penjual ayam berkata, ketika kejadian, motosikalnya sedang melalui Jalan Othman dan tiba-tiba dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang wanita yang melanggar lampu isyarat merah.

Manakala seorang lagi mangsa, James Tan yang keretanya turut dilanggar tidak mengalami kecederaan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala terdiri 4 anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7:15 pagi.

Bomba mengambil masa 5 minit untuk memadam kebakaran.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini