comscore
Tumpuan :
Nasional

Padang Serai lapangan terbaik rakyat tolak politik kebencian – Mohamad Sabu

FOTO: Mohamad Sabu.

Oleh Kumaran Rajamoney

KULIM: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai perlu menjadi lapangan bagi menzahirkan penolakan rakyat terhadap usaha menyemai politik kebencian.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mahu rakyat Malaysia memahami natijah terperangkap dalam agenda politik kebencian, dengan mengambil contoh dari negara Islam lain.

“Saya rasa rakyat terperangkap dengan isu begitu berdasarkan kepada keputusan pada PRU-15 baru-baru ini.”

“Kita melibat soal Takfiri tersebar menerusi YouTube, dan ini sangat membimbangkan kita. Soal disini melabelkan orang bukan berteraskan fakta, tetapi dengan menimbulkan sentimen.”

“Kalau kita mahu membenci seseorang benci kerana perbuatan, kita lawan kerana salah laku mereka dan bukan kerana kaum mereka,” katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Pengumuman Khas anjuran bersama PH dan Barisan Nasional (BN) di Padang Meiha, malam tadi.

Pengumuman itu merujuk kepada BN memberikan laluan kepada PH dalam perebutan kerusi parlimen Padang Serai.

Turut hadir, Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar serta Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul.

PRU-15 khusus bagi parlimen Padang Serai diadakan susulan kematian Calon PH, Mendiang Karupaiya Mutusami pada 16 November lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunda PRU parlimen itu ke 7 Disember ini, melibatkan pertembungan 6 penjuru.

Namun, perkembangan terbaru menyaksikan Calon BN, Datuk Sivaraj Chandran dan calon Parti WARISAN, Bakri Hashim memberikan laluan kepada calon PH.

Calon lain ialah Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG), dan Sreanandha Rao (Bebas).

Parlimen ini mempunyai 133,767 pengundi berdaftar.

Loading...
Terkini