comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Paip air Sungai Perai pecah lagi

 

Oleh: Selwam Arjunan

BUTTERWORTH: Saluran paip bawah permukaan air di Sungai Perai, di sini, sekali lagi mengalami kebocoran.

Kebocoran berskala besar itu dijangka menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual bagi pengguna di Daerah Barat Daya dan sebahagian di Seberang Perai.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu kenyataan berkata ia telah mengesan kebocoran besar secara mendadak pada bahagian saluran paip bawah permukaan air sepanjang 1.3 meter.

“PBAPP sedang berusaha untuk mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum.

“Langkah ini mungkin akan membawa kepada gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di Daerah Barat Daya dan beberapa kawasan di Seberang Perai.

“Sila ambil perhatian bahawa ini adalah “kejadian mendadak” dan bukan gangguan bekalan air berjadual yang dilakukan oleh PBAPP,” katanya dalam satu kenyataan.

PBAPP juga telah mengaktifkan pelan respons kecemasan dan akan mengemaskini perkembangan lanjut kepada pengguna.

Loading...
Terkini