comscore
Tumpuan :
Nasional

Pakar oseanografi UMT bantu SAR kesan mangsa lemas

Oleh Ezzuan Ahmad

KEMAMAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Terengganu julung kalinya akan menggunakan kepakaran pakar oseanografi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar tahun lima yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika sedang mandi di pantai Marina, Kemaman, Terengganu.

Menurut pengarahnya, Md Hilman Abd Rashid berkata, khidmat pakar tersebut diperlukan untuk mengenal pasti kedudukan mangsa berikutan pergerakan air yang sentiasa berubah dan sukar diramal.

Menurut beliau, pihaknya telah pun mengadakan perbincangan dengan pakar dari UMT untuk menggerakkan pasukan oseanografi untuk membantu pasukan SAR berkaitan pergerakan arus keluar masuk dan juga pertembungan air laut dan air muara di sekitar lokasi kejadian.

Katanya, pakar oseanografi tersebut dijangka dapat mengenal pasti kedudukan mangsa kerana operasi SAR gagal menemui sebarang petunjuk berkenaan kedudukan mangsa meskipun pencarian diperluaskan sehingga melebihi jarak radius 10 kilometer.

Operasi mencari dan menyelamat yang sudah memasuki hari keempat itu berhadapan dengan kesukaran akibat cuaca hujan dan pertembungan air pasang.

“Apa yang kita khuatiri, mangsa ini berada di dasar, sebab kita percaya kawasan ni merupakan kawasan pasir jerlus, kalau sekiranya, ketika mangsa cuba mengapungkan diri untuk menyelamatkan diri, dia mungkin pijak kawasan pasir jerlus, dan mangsa akan tersekat di situ dan ini yang menyukarkan kita untukmencari.” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Md Hilman yang turut meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa, berkata pelbagai agensi telah digerakan  termasuk JBPM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia dan kawasan pencarian telah diperluaskan sehingga ke Pantai Cherating, Kuantan, Pahang.

Dalam pada itu, Md Hilman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti berhampiran pantai dan sungai ketika monsun timur laut.

Loading...
Terkini