comscore
Tumpuan :
Nasional

Pakar Singapura: ‘Tak salah Malaysia belajar dari negara lain demi rakyat’

Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta pembangkang menghentikan prasangka buruk terhadap langkah kerajaan membawa masuk pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HBD) bagi berkongsi kepakaran dalam sektor pembinaan perumahan di negara ini.

Kor Ming berkata, tidak ada salahnya untuk Malaysia belajar daripada negara lain demi kepentingan rakyat, sebagai contoh belajar daripada Jepun, walaupun negara itu pernah menjajah Malaysia.

“Kita yang penting, perlu bersangka baik, bukan bersangka buruk. Niatnya adalah suci. Biar kita miskin harta, jangan miskin minda.

“Jika kita boleh belajar daripada sebuah negara yang menjajah kita, apa salahnya kita belajar daripada negara jiran ASEAN yang berjaya, termasuk Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Bagi kita, apa yang penting adalah yang terbaik untuk rakyat. Rukunnya, kita ambil sikap belajar sepanjang hayat,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) mengenai sama ada terdapat kerajaan negeri yang menggunakan pakar perumahan HDB dan kejayaan yang dicapai, selain kesan kepada pemilikan tanah Bumiputra, khususnya Melayu serta kemampuan mereka membeli rumah yang dibina.

Berita lanjut menyusul.

Loading...
Terkini