comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap pada harga RM69 sebulan mulai Mac

Foto hiasan

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Bermula Mac ini, golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas boleh menikmati Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) dengan harga lebih rendah.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pakej itu selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan menurunkan kos sara hidup rakyat.

“Pakej ini menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 megabit sesaat (Mbps) bersama data tanpa had dengan harga RM69.00 sebulan dan akan mula ditawarkan pada Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

“Harga pakej yang ditawarkan 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89.00 bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak,” katanya.

Beliau berkata, pakej berkenaan adalah dengan kerjasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro.

“Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.

“Kerajaan terus berusaha dalam memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia MADANI,” katanya.

Loading...
Terkini