comscore
Tumpuan :
Nasional

Palestin hargai sokongan, komitmen perjuangan Malaysia

FOTO: Datuk Mohamad Alamin / Facebook

PETALING JAYA: Menteri Luar Palestin, Dr Riad Al-Maliki menghargai usaha dan komitmen Malaysia yang tidak lekang dalam memperjuangkan isu berkait hal ehwal negara itu di persada antarabangsa.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, penghargaan itu disampaikan ketika pertemuan dengan Dr Riad pada Persidangan Selatan Ketiga Kumpulan Negara-negara G77 dan China di Kampala, Uganda baru-baru ini.

Katanya, dalam pertemuan singkat itu beliau mengambil kesempatan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan di Palestin.

Tegasnya Malaysia akan terus berusaha menyalurkan bantuan bagi meringankan penderitaan ditanggung rakyat Palestin.

“Saya meluahkan rasa sedih dan simpati kepada Dr Riad Al-Maliki atas nasib rakyat Palestin yang menderita akibat tindakan ganas dan kejam rejim Israel.

“Saya juga mengambil kesempatan dengan turut melahirkan harapan kepada beliau agar konflik yang telah mengorbankan lebih 25,000 nyawa, terutamanya wanita dan kanak-kanak selain kerosakan harta benda serta infrastruktur awam dapat dihentikan segera.

“Dr Riad mengucapkan penghargaan dan berterima kasih atas simpati serta sokongan moral yang disampaikan oleh saya mewakili Malaysia.

“Beliau juga berharap, sokongan dan bantuan berterusan rakyat Malaysia amat dihargai oleh rakyat Palestin yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai harapan penganjuran persidangan itu, beliau berkata kedua-dua pihak sepakat platform itu dapat dimanfaatkan untuk menyakinkan komuniti dunia agar bertindak memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan serangan terhadap Palestin.

Loading...
Terkini