comscore
Tumpuan :
Sukan

Pan Gon & FAM bersama Faisal

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon menyatakan pendirian menyokong Faisal Halim yang ketika ini sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kecederaan lecur tahap empat akibat disimbah asid, Ahad lalu.

Pengendali berasal dari Korea Selatan ini menerusi laman Instagramnya, memuat naik hantaran bertulis ‘Stand With Faisal Halim”

Sebagai rekod, pasukan yang diwakili Faisal iaitu Selangor FC (SFC) melancarkan kempen solidariti ‘Stop the Violence’ yang menegaskan tiada keganasan sepatutnya berlaku dalam bola sepak.

Malah, solidariti itu turut menyeru penyokong bola sepak tempatan supaya dapat mendoakan kesejahteraan Faisal yang ketika ini sudahpun mengharungi tiga pembedahan bagi merawat kecederaan dialaminya.

Selain itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut bersama-sama Faisal dan mengharapkan pemain itu dapat pulih seperti sediakala.

“Sama-sama kita semua terus mendoakan agar pemain Harimau Malaya, Faisal Halim diberikan kesejahteraan dan kesembuhan untuk beliau pulih seperti sediakala.

“Wira kita, Faisal Halim!,” kata FAM.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini