comscore
Tumpuan :
Nasional

Pandangan, Cadangan Parti Politik Tidak Pengaruhi Kuasa PM Bubar Parlimen-Ismail Sabri

FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Segala pandangan dan cadangan yang diutarakan parti-parti politik berkenaan pembubaran Parlimen tidak boleh mengubah dan mempengaruhi kuasa Perdana Menteri untuk mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan beberapa parti politik yang meminta supaya pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat ditangguhkan tidak akan mempengaruhi keputusan beliau namun setiap pandangan dan cadangan akan dilihat dan diteliti.

Beliau berkata keputusan pembubaran Parlimen sepatutnya tidak melibatkan perbincangan secara terbuka termasuk membabitkan parti kerajaan dan pembangkang sebaliknya akan dilakukan sekiranya Perdana Menteri merasakan Parlimen wajar dibubarkan.

“Keputusan pembubaran ini tidak ada kena mengena dengan parti politik lain.

Sebelum ini pun tidak pernah dibincang secara terbuka macam ini tentang tarikh pembubaran Parlimen dan sebagainya.

Dahulu Perdana Menteri umum bubar, bubarlah Parlimen.

“Mana ada parti politik lain bagi pandangan dan campur tangan dari segi pembubaran.

Tak pernah, bukan setakat perundingan dengan parti lain, parti sendiri tidak ada perbincangan dulu,” katanya kepada media selepas majlis perasmian program Idea Bina Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan beberapa parti politik yang tidak bersetuju Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

Loading...
Terkini