comscore
Tumpuan :
Nasional

Pandelela Dedah Isu Berkaitan Lawak Rogol

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengulas gurauan mengenai rogol tidak kelakar dan mereka yang dianiaya perlu bersuara. 

Isu yang tular dalam media sosial baru-baru ini berkenaan seorang pelakon tempatan menceritakan adegan rogol dalam filem yang dilakonkannya sebelum ini sehingga dikecam netizen.

Atlet berusia 28 tahun tampil menceritakan pengalamannya beberapa tahun lepas tentang bekas jurulatihnya yang suka membuat lawak lucah melalui satu ciapan di Twitter beliau, hari ini.

“Dulu saya ada seorang jurulatih ini suka buat lawak lucah, saya buat diam sahaja tak pun pura-pura ketawa sebab takutkan dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik.

“Tapi paling sedih dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab back up besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana para penerjun dilindungi oleh persatuan sukan mereka selepas isu itu terbongkar.

Menyuarakan pendapat yang sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa tiada tolak ansur terhadap lawak rogol.

“Rogol bukan jenaka. Keselamatan atlet kita adalah yang terpenting,” kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu ciapan di Twitter.

Sementara itu,  Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membalas ciapan Pandelela itu dengan memuji keberanian beliau bersuara mengenai isu berkenaan. – BERNAMA

Loading...
Terkini