comscore
Tumpuan :
Nasional

Pandu secara berbahaya, polis cari tiga pemandu

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: Polis sedang giat mengesan pemandu tiga buah kereta yang memandu secara berbahaya dan menggunakan lorong kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima satu aduan mengenai satu video tular di media sosial berkenaan insiden tersebut kira-kira jam 5.31 petang, semalam.

“Tular satu video di media sosial berdurasi 36 saat yang menunjukkan sebuah kereta sport jenis Ford Mustang GT berwarna kelabu bersama dua lagi kereta lain menunjukan aksi memotong kenderaan lain secara merbahaya dan menggunakan lorong kecemasan.

“Pihak kami sedang giat mengesan pemandu kenderaan yang terlibat untuk siasatan lanjut.” katanya menerusi satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tular di media sosial video berdurasi 36 saat menunjukkan aksi dua kenderaan memotong kenderaan lain secara merbahaya dan menggunakan lorong kecemasan.

Rakaman video itu direkod menerusi kamera papan pemuka oleh sebuah lagi kenderaan juga dipercayai turut terlibat dalam perbuatan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini