comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pangsapuri terbakar, seorang rentung

 

PETALING JAYA: Seorang penghuni sebuah unit pangsapuri di Flora Damansara di sini, dilaporkan rentung selepas kediaman itu terbakar malam tadi.

Pusat gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.13 malam.

Difahamkan, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Sungai Buloh, Kota Anggerik serta Puchong dikejarkan ke lokasi.

Foto hiasan

Jurucakap bomba berkata, kebakaran membabitkan sebuah unit di tingkat 21 Blok D pangsapuri berkenaan.

“Anggota bomba segera menjalankan operasi memadamkan kebakaran dan berjaya dikawal pada 10.20 malam.

“Rumah berkenaan musnah 90 peratus dan seorang mangsa ditemui rentung,” katanya.

Beliau berkata, kerja mengeluarkan mayat mangsa sedang dijalankan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini