comscore
Tumpuan :
Nasional

Pantai Teluk Batik kini kawasan larangan merokok

Loh Sze Yee (tengah) melawat reruai kain batik eko-cetak hasil inovasi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Laman Karya Lumut (LAKAR) dan United Nation Development Program (UNDP) dalam menghasilkan produk mesra alam yang berkualiti dan sifar bahan kimia sempena Pesta Teluk Batik anjuran Majlis Perbandaran Manjung (MPM).- Foto: NSTP

LUMUT: Pantai Teluk Batik, di sini bakal diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dengan langkah pelaksanaan kini bermula melalui Kempen ke Arah Bebas Asap Rokok oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, kempen itu bertujuan melindungi persekitaran pantai peranginan popular itu daripada pencemaran asap rokok serta sisa puntung rokok yang dibuang secara tidak bertanggungjawab.

Bagi menjayakan kempen itu, beliau berkata, MPM berkolaborasi bersama Pejabat Kesihatan Daerah Manjung termasuklah menyediakan pemasangan tanda larangan merokok, kemudahan bekalan membuang rokok dan mengadakan program kesedaran kesihatan tentang bahaya merokok terhadap kesihatan awam.

“Sekarang kita masih di peringkat pendidikan, bermakna kita tak akan saman atau kompaun.

“Kita akan naikkan papan tanda (larangan merokok) dan penguatkuasa MPM akan digerakkan untuk menasihati pengunjung.

“Kita mahu pengunjung ada disiplin kendiri supaya mereka faham kenapa kita tetapkan tidak boleh merokok di pantai ini, sebelum kita ke fasa seterusnya (pewartaan),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kemampanan Eko Pelancongan Teluk Batik Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Kempen ke Arah Bebas Asap Rokok sempena Pesat Teluk Batik, di sini, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua MPM Syamsul Hazeman Md Salleh dan Pegawai Kesihatan Manjung, Dr Nur Intan Kartiniewatie Kamaruddin.

Sementara itu, Syamsul Hazeman berkata, Pesta Teluk Batik yang berlangsung sejak 21 Februari lalu hingga esok adalah bukti komitmen MPM menyahut agenda kerajaan negeri yang mensasarkan 8 juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa ke negeri itu sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini