comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Papan iklan elektronik terbakar, tiga pekerja cedera

 


PETALING JAYA: Tiga pekerja yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan papan pengiklanan elektronik cedera selepas papan iklan berkenaan yang terletak bersebelahan Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya terbakar.

Ketika kejadian pekerja terbabit dilaporkan sedang melakukan kerja penyelenggaraan di bahagian atas dan bawah papan pengiklanan itu.

Ketika kejadian terdapat sembilan pekerja di atas papan pengiklanan itu.

Tga dari mereka dilaporkan mengalami kecederaan akibat terkena api dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M.Hussin Solehuddin Zolkifly, mengesahkan kejadian kebakaran berlaku sekitar jam 1.20 petang.

“Pihak polis yang menerima maklumat kemudian mengerahkan anggota polis ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan selain memaklumkan kepada pihak bomba.

Kebakaran itu mengakibatkan kepulan asap hitam tebal dari papan iklan dan pada masa ini kebakaran telah dapat dikawal.

Punca kebakaran belum dipastikan namun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini