comscore
Tumpuan :
Nasional

Papar diisytihar daerah dilanda bencana kemarau

PAPAR: Susulan berdepan krisis bekalan air yang kritikal sejak beberapa minggu lepas, Papar diisytiharkan daerah dilanda bencana kemarau

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Mohd Fuad Abdullah dalam satu notis kenyataan yang tular menyatakan pihaknya sebulat suara mengumumkan perkara terbabit.

Perkara itu diisytiharkan pada jam 10:30 pagi tadi.

Susulan itu, beliau menjelaskan pihaknya kini sedang mengambil tindakan susulan bagi menangani perkara terbabit.

“Pengagihan bekalan air yang dibuat secara berjadual turut mendapatkan bantuan lori tangki air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ranau, Majlis Daerah Beaufort, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan selebihnya disewa daripada pihak swasta.

“JANS Papar akan memberi keutamaan kepada hospital, rumah ibadat, rumah warga tua dan sekolah.

“Majlis Daerah Papar akan memberi keutamaan kepada kawasan perumahan manakala Pejabat Parlimen Papar memberi tumpuan di kawasan perkampungan.

“Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna JANS Papar dan Majlis Daerah Papar tidak membekalkan air ke kawasan penduduk yang terkesan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini