Tumpuan :
Nasional

Paras Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi tahap bahaya

Foto fail  NSTP

KOTA BHARU: Hujan lebat sejak semalam menyebabkan paras Sungai Golok di Rantau Panjang dekat sini, meningkat dan melebihi tahap bahaya setakat 10.30 pagi ini.

Berdasarkan maklumat daripada publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bacaan sungai berkenaan merekodkan 9.53 meter (m).

Dalam masa sama, dua sungai lain turut melebihi bacaan paras amaran manakala dua lagi melebihi paras berjaga-jaga.

Sungai Golok di Kampung Jenob dan Sungai Sokor di Kampung Sokor, Tanah Merah masing-masing mencatatkan bacaan 22.87m dan 21.37m.

Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah pula melebihi paras berjaga-jaga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini