comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasangan kekasih direman 3 hari bantu siasatan kes buang bayi

Semalam, kedua-dua suspek yang disyaki membuang bayi ditahan secara berasingan kira-kira pukul 11.00 pagi dan 3.00 petang di Kampung Jabur Kubur dan Pekan Chukai. 

KEMAMAN: Sepasang kekasih yang disyaki membuang seorang bayi lelaki, direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis.

Perintah reman ke atas kedua-dua suspek berusia 21 dan 24 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek wanita yang sedang menerima rawatan, direman di Wad Bersalin Hospital Kemaman.

Seorang lagi suspek lelaki yang merupakan pembantu kedai direman di Majistret Kemaman.

Semalam, kedua-dua suspek yang disyaki membuang bayi ditahan secara berasingan kira-kira pukul 11.00 pagi dan 3.00 petang di Kampung Jabur Kubur dan Pekan Chukai.

Pada Sabtu lalu, seorang bayi lelaki seberat kira-kira 3 kilogram ditemui ditinggalkan di atas lantai sebuah kedai menjual ayam.

Bayi tersebut ditemui seorang pemandu lori yang mahu menghantar bekalan ayam di kedai itu kira-kira pukul 7.30 pagi selepas mendengar tangisan bayi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini