comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pasangan pengantin baharu dicekup bersama 9.2kg heroin

TELUK INTAN: Sepasang suami isteri yang baharu sehari mendirikan rumah tangga dicekup polis kerana disyaki mengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri dalam satu kenyataan memberitahu, pasangan berkenaan ditahan di dalam sebuah kereta di parkir masjid di kawasan Chikus, Langkap di sini, kira-kira jam 12.30 tengahari semalam.

Ujarnya, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Hilir Perak, ketika suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan.

Polis turut merampas sebuah beg pakaian mengandungi 20 bungkusan plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 9.2 kilogram dianggarkan bernilai RM77,000.

Suami isteri berusia 23 dan 24 tahun yang tidak bekerja itu baharu sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada 24 April 2023.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk diedarkan ke luar Daerah Hilir Perak. Jumlah rampasan boleh menampung hampir 10,000 penagih”, katanya.

Kedua-dua suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 15(1)(a) akta sama.

Mereka juga didapati positif syabu dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Polis sedang mengesan ahli sindiket yang terlibat dalam kegiatan itu.

Loading...
Terkini