comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasangan suami isteri sesak nafas dalam kebakaran diselamatkan

 

Oleh: Kumaran Rajamoney

TANJUNG MALIM: Sepasang suami isteri yang terperangkap dalam kebakaran premis kedai di Jalan Bunga Anggerik, di sini awal pagi tadi, diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, insiden itu dlaporkan berlaku sekitar jam 4.34 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim katanya, tiba di lokasi pada jam 4.46 pagi dan mengawal kebakaran pada jam 5.01 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai pemborong makanan dua tingkat kelas A  terbakar 60 peratus dibahagian bawah. Kebakaran melibatkan sepasang suami isteri berusia 36 dan 31 tahun dan seorang wanita warganegara Kemboja yang berada di kedai sebelah.

“Pasangan suami isteri itu mengalami sesak nafas akibat terhidu asap dan dihantar ke Hospital Tanjung Malim oleh jentera EMRS. Manakala satu lagi mangsa dibawa turun oleh anggota penyelamat dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.

Usaha pemadaman dijalankan dengan  kekuatan 20 anggota dan empat jentera JBPM.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.18 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini