comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pasangan tular, sah bergelar suami isteri

ALOR SETAR: Pasangan yang tular disebabkan membawa anak berusia 11 bulan dengan memakai alat pernafasan ke hospital, hari ini sah bergelar suami isteri.

Mereka melangsungkan pernikahan di Masjid Al Maarufi di Seberang Kota, Kuala Kedah selepas solat asar di sini hari ini.

Majlis pernikahan Mohd Azlan Ishak, 36, dengan pasangannya, Norhidayu Halim, 35, dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak.

Mereka mengenakan pakaian serba putih dan majlis diadakan serba ringkas.

“Kami adakan majlis secara ringkas sahaja dan tiada hantaran diberi cuma bagi mas kahwin RM1,000 dan sebentuk cincin emas sahaja,” katanya

Sementara itu, Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Muslim berkata, kerjasama diberikan pasangan itu menyediakan semua dokumen diperlukan membolehkan majlis akad nikah itu dilangsungkan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini