comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasar Payang Satu dibuka Julai 

 

Kompleks baharu Pasar Pa­yang Satu.

KUALA TERENGGANU: Kompleks baharu Pasar Pa­yang Satu yang sepatutnya beroperasi akhir tahun lalu dijangka mula dibuka kepada pengunjung awal Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, komitmen itu dibuat selepas satu perjumpaan bersama Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Rosli Latif serta 580 peniaga Pasar Payang.

Katanya kelewatan ini disebabkan proses perpindahan peniaga dari Pasar Payang Dua ke Pasar Payang Satu.

Katanya lagi, faktor lain punca kelewatan adalah proses pengubahsuaian Pasar Payang Dua untuk menempatkan peniaga yang berada di luar pasar tersebut.

Tambah Wan Sukairi, dengan perpindahan tersebut, lebih daripada 1000 peniaga akan berniaga di Pasar Payang Satu dan Pasar Payang Dua.

“Sepatutnya seawal Julai ini semua peniaga dari Pasar Payang Dua akan berpindah ke Pasar Payang Satu dan pada Jun depan proses pengundian akan dibuat melibatkan segmen-segmen tertentu yang melibatkan mereka yang bakal berpindah nanti”, katanya.

Beliau ditemui pada Perasmian Penutup Mini Carnival World Lupus Day Explorace 2024 bertempat di Kuala Terengganu.

Jelas beliau lagi pihak kontraktor dijadual menye­rahkan bangunan baharu berharga RM69.3 juta itu kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, 19 Julai ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini