comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasir Mas dan Kuala Krai catat gelombang haba tiga hari berturut-turut

KUALA LUMPUR: Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan kekal merekodkan status cuaca panas tahap dua atau gelombang haba, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya berkata, cuaca panas tahap dua dikeluarkan bagi suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Selain itu, berdasarkan rekod bacaan yang dikemas kini setakat jam 4.30 petang hari ini turut menunjukkan 11 kawasan di Semenanjungmencatatkan status cuaca panas tahap satu.

“Ia termasuk Perlis; Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak; Jeli, Tanah Merah, Pasir Putih, Gua Musang dan Kota Bharu di Kelantan; Terengganu (Setiu); serta Raub dan Rompin di Pahang.

“Di Sabah pula, hanya Kota Marudu merekodkan status cuaca panas tahap satu manakala Sarawak, kawasan yang terjejas dengan cuaca itu ialah Mukah.

“Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini