comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasukan perubatan kecemasan Mercy Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan bahawa kesemua enam orang ahli Pasukan Perubatan Kecemasan Mercy Malaysia (EMT) telah berjaya dibawa keluar dengan selamat dari Rafah, Gaza.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra memaklumkan mereka telah dibawa keluar dari zon konflik secara berperingkat, bersama-sama dengan petugas antarabangsa yang lain.

Kenyataan itu juga menyebut sebahagian ahli-ahli EMT ini telah dibawa keluar masing-masing pada 23, 24 dan 28 Mei lalu.

Manakala kumpulan terakhir yang terdiri dari dua orang ahli EMT dibawa keluar semalam.

“Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan penghargaan kepada semua rakan antarabangsa yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan keselamatan petugas warganegara Malaysia tersebut sehingga mereka berjaya dipindahkan keluar dari zon konflik.

“Kementerian Luar Negeri juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tidak melakukan sebarang perjalanan ke mana-mana zon konflik,” ujar kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini