comscore
Tumpuan :
Nasional

Pawagam pandu masuk dibenarkan

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara SOP yang perlu dipatuhi adalah pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat secara dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu.

“Petugas RELA juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator yang terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loading...
Terkini