comscore
Tumpuan :
Nasional

PDRM kesan 12 lokasi didakwa pusat kuarantin GISBH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 12 premis didakwa dijadikan pusat kuarantin GISB Holdings (GISBH) di beberapa lokasi dalam dan luar negara termasuk di Indonesia dan Turkiye.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan susulan dakwaan dibuat melalui akaun Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) berkenaan kewujudan pusat kuarantin terbabit.

“Hasil siasatan bagi pusat kuarantin didedahkan PUKAS mendapati terdapat 10 pusat kuarantin terletak di Malaysia, manakala dua lagi pusat di luar negara (Indonesia dan Turkiye).

“Siasatan lanjut menunjukkan tiga pusat kuarantin saja berjaya diserbu pada 21 September lalu, manakala tujuh lagi pusat kuarantin didapati tidak beroperasi,” katanya kepada BH, hari ini.

Katanya, tiga pusat kuarantin diserbu itu adalah di Pusat Perniagaan dan Ikhwan Resort terletak di Air Bintan, Kota Tinggi, Johor serta dua lagi masing-masing di Labu Lanjut, Sepang, Selangor serta Batu Hampar, Perak.

Bagaimanapun, katanya, siasatan sehingga kini masih belum menunjukkan terdapat elemen lokasi terbabit dijadikan pusat kuarantin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini